Persoalan
Seorang janda anak 3 berkahwin dengan seorang lelaki. Bekas suami janda tersebut masih hidup dan memberi nafkah kepada anak-anaknya. Seorang anak janda tersebut sambung pelajaran dan perlukan bantuan. Lelaki (suami baru janda) tersebut ingin mengeluarkan sebahagian zakatnya untuk asnaf Fisabilillah untuk anak tirinya itu. Soalan: adakah anak tiri tersebut dibawah tanggungan dan wajib diberi nafkah kepadanya? Adakah sah zakat beliau?
Keputusan
Berdasarkan terjemahan Kifayah Al-Akhyar Fiqh Al-Imam As-Syafi’e pada halaman 954, menurut pendapat Mazhab Syafii, kewajipan nafkah berlaku kerana 3 perkara iaitu:
Kewajipan nafkah disebabkan kekeluargaan adalah seperti nafkah ibubapa kandung kepada anak-anak kandung yang masih kecil dan belum mempunyai pendapatan. Begitu juga kewajipan nafkah anak-anak kandung kepada ibubapa kandung yang telah tua dan tiada pendapatan.
Ayah tiri tidak termasuk pihak yang wajib memberi nafkah kepada anak tiri kerana tiada hubungan kekeluargaan (al-Qarabah). Oleh itu, ayah tiri boleh mengeluarkan zakatnya untuk diberikan kepada anak tirinya di bawah asnaf Fisabilillah.
Rujukan : Isu 14, Kompilasi Rekod Persoalan Syariah LZS Januari 2018 – Jun 2018, Diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah LZS