Kompilasi Resolusi Syariah Lembaga Zakat Selangor
Isu 1 - Hukum agihan Zakat bagi pembangunan ekosistem alam sekitar

Adakah boleh menggunakan dana zakat untuk menanam pokok bakau. Antara kebaikan pokok bakau adalah untuk eko system kita bagi mengurangkan risiko banjir/tsunami, tempat pembiakan ikan untuk nelayan dan sebagainya.

Penanaman pokok bakau untuk tujuan yang dinyatakan tidak termasuk dalam mana-mana kategori asnaf Zakat. Memelihara alam sekitar adalah salah satu amalan kebaikan dalam Islam dan ianya adalah yanggungjawab semua pihak daripada individu perseorangan sehinggalah kepada pemerintah. Walaubagaimanapun pelaksanaan aktiviti tersebut boleh menggunakan dana selain Zakat.