Pusat Pembangunan Asnaf
Baitus Salam
Pusat perlindungan sementara untuk Asnaf Muallaf ini beroperasi sebagai pusat komuniti untuk mereka menyusun semula hala tuju hidup muallaf apabila memeluk Islam atau apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini ke atas mereka.
Objektif Baitus Salam
- Melaksanakan tuntutan bahagian V perkara 26 berkaitan perlindungan muallaf, peraturan-peraturan penjagaan dan pengajaran bagi muallaf (Negeri Selangor) 2009 pindaan 2013
- Sebagai pusat perlindungan muallaf yang disisihkan oleh keluarga dan saudara mara selepas memeluk Islam.
- Sebagai tempat perlindungan muallaf dari ancaman-ancaman luar termasuk ancaman keluarga
- Sebagai pusat bimbingan fardhu ain jangka pendek kepada muallaf
- Memberi ilmu vokasional kepada muallaf demi sosioekonomi yang lebih baik.
- Menyusun semula hala tuju muallaf dari segi emosi dan sosial mereka bagi kehidupan yang lebih baik.
- Memelihara aqidahnya dari dipesongkan oleh pihak-pihak tertentu
Apakah syarat-syarat kemasukan Baitus Salam
- Warganegara Malaysia
- Sepenuh masa menyertai program/aktiviti/kuliah di Baitus Salam selama 1 tahun
- Di bawah had penggilan muallaf (5 Tahun)
- Memiliki tahap kesihatan yang baik dan bebas daripada penyakit berjangkit dan kronik -seperti Aids dan ketagihan dadah/alcohol.
- Tidak mempunyai tekanan mental yang serius.
- Bebas daripada kes undang-undang (Jenayah/Mahkamah/dll)
- Penghuni hendaklah memohon secara rela dan bersedia untuk mematuhi peraturan dan undung-undang yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Baitus Salam
Hubungi Baitus Salam
Baitus Salam
Lot 3657 Jalan Tanjung Bidara 30/131,
Seksyen 30 Jalan Kebun, 40460 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan