Pusat Pembangunan Asnaf
Bait Al-Mawaddah
Bait al-Mawaddah ditubuhkan untuk memberi perlindungan, pengawasan, pemulihan dan pembangunan diri yang berkesan kepada warga emas yang terdiri daripada asnaf fakir dan miskin yang tidak terbela.
Ditubuhkan pada tahun 2014 oleh Lembaga Zakat Selangor, Kompleks Warga Emas Bait Al-Mawaddah dibina dengan keluasan tanah seluas 3 ekar di Kampung Jalan kebun, Seksyen 30 Shah Alam untuk memberi perlindungan kepada warga emas Asnaf yang memerlukan.
Objektif Bait Al-Mawaddah
Menyediakan penjagaan dan rawatan untuk memastikan kesejahteraan dan kualiti hidup mereka
- Menjaga kebajikan warga emas
- Mewujudkan persekitaran yang sihat, bertenaga, ceria, harmoni, penyayang dan kondusif untuk warga emas
Apakah syarat-syarat kelayakan Bait Al-Mawaddah
Pemohon mesti memenuhi syarat berikut:
- Muslim
- Asnaf Fakir Miskin dan berdaftar dengan LZS
- Berumur 60 tahun dan ke atas (mengikut takrifan warga emas Jabatan Kebajikan Malaysia)
- Sihat, tidak terlantar dan mampu menguruskan diri sendiri
Galeri
Hubungi Bait Al-Mawaddah
Pusat Jagaan Warga Emas Lembaga Zakat Selangor
Lot PT 140452 (PT92805)
Jalan Tanjung Pahang, Lorong Haji Mughni
Seksyen 30 Jalan Kebun, 46460 Shah Alam