Pusat Pembangunan Asnaf
Bait Al-Hasanah
Bait Al-Hasanah merupakan salah satu usaha Lembaga Zakat Selangor bagi membantu anak-anak asnaf fakir miskin untuk berjaya dalam pelajaran dengan menyediakan suasana yang kondusif untuk belajar.
Objektif Bait Al- Hasanah
Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam kedua-dua bidang akademik dan aktiviti kokurikulum
- Memupuk individu yang kreatif, inovatif dan berkemahiran
- Menyediakan perlindungan, bimbingan, peluang kepada anak-anak Asnaf untuk pembangunan diri dan pendidikan
- Menjaga kebajikan anak-anak Asnaf yang diletakkan di bawah jagaan LZS
- Menyediakan kemudahan yang baik dan persekitaran yang kondusif
Apakah syarat-syarat kemasukan Bait Al-Hasanah
Pemohon mesti memenuhi syarat berikut:
- Anak Asnaf Fakir Miskin disahkan oleh Eksekutif Zakat Daerah atau Pengurus Operasi Daerah pada tahun pengambilan
- Berumur 10 tahun ke atas. Keutamaan kepada Kanak-kanak berumur 10 tahun (Darjah 4)
Syarat khusus
- Tiada rekod disiplin atau jenayah
- Sihat fizikal dan mental
- Kanak-kanak Asnaf yang tidak bersekolah dikehendaki mempunyai surat sokongan daripada Pengurus Operasi Daerah atau Pengurus Sektor Pejabat Agihan
Hubungi Bait Al-Hasanah
Kompleks Baitul Hasanah Klang
Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
Lot 14379, 14380, 14381 Jalan Kebun Baru,
Kampung Perepat, Mukim Kapar,
42100 Klang, Selangor