Pusat Pembangunan Asnaf

Berperanan membantu asnaf membina kehidupan dengan lebih baik.

Bait Al-Mawaddah

Bait al-Mawaddah ditubuhkan untuk memberi perlindungan, pengawasan, pemulihan dan pembangunan diri yang berkesan kepada warga emas yang terdiri daripada asnaf fakir dan miskin yang tidak terbela.

Bait Al-Hasanah

Bait Al-Hasanah merupakan salah satu usaha Lembaga Zakat Selangor bagi membantu anak-anak asnaf fakir miskin berjaya dalam pelajaran dengan menyediakan suasana yang kondusif untuk belajar.

Baitus Salam

Pusat perlindungan sementara untuk Asnaf Muallaf ini beroperasi sebagai pusat komuniti untuk mereka menyusun semula hala tuju hidup mualaf apabila memeluk Islam atau apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini ke atas mereka. Ia bertujuan untuk mentransformasikan kebajikan Muallaf di Selangor.

Pusat Latihan Asnaf Selangor

Melalui program pembangunan insan, PLAS menyediakan ruang-ruang kursus dan latihan yang bersesuaian demi membekalkan ilmu kepada para asnaf di seluruh daerah di negeri Selangor

Cara Mudah Ubah Nasib

Tunaikan Zakat Sekarang!