“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”
Takrif Zakat
Pengertian Bahasa
Dari Segi Syarak
Siapakah Yang Wajib Berzakat?
Islam
Pemilik harta yang beragama Islam sahaja diwajibkan mengeluarkan zakat.
Merdeka
Bebas daripada cengkaman perhambaan.
Milik Sempurna
Pemilikan seseorang terhadap harta secara sah sepanjang haul dan mempunyai kuasa secara bebas untuk mengurus harta tersebut.
Cukup Nisab
Nisab ialah jumlah minimum pemilikan sesuatu harta yang menjadi syarat wajib zakat ke atas harta itu.
Cukup Haul
Haul ialah tempoh setahun atau 12 bulan mengikut tahun hijri dan wujud pemilikan kekal.
Nisab Hari Ini
Nisab adalah suatu nilai minimum harta pemilikan yang harus dimiliki oleh seorang Muslim sebelum dia diwajibkan membayar zakat. Nilai ini diukur dalam perkara tertentu, seperti gram emas atau perak. Jika harta pemilikan seseorang mencapai atau melebihi nisab, maka dia diwajibkan membayar zakat sebagai syarat kewajipan rukun Islam.
Nisab dapat berubah bergantung pada jenis harta dan fluktuasi nilai pasaran semasa.
Julai – Disember 2023 : RM 23,035.00
Jenis Zakat
Zakat Harta
Zakat yang dikenakan ke atas harta tertentu dan boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar Zakat Harta dan Pendapatan adalah 2.5% daripada jumlah nilai.
Zakat Fitrah
Zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat ditetapkan.
Zakat Harta
Zakat Pendapatan
Harta pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha
Zakat Perniagaan
Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan
Zakat Wang Simpanan
Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak.
Zakat Pelaburan
Zakat yang wajib dikeluarkan oleh pemilik saham atau pemilik syarikat yang turut berkongsi keuntungan atau kerugian.
Zakat KWSP
Zakat yang dikenakan hasil pendapatan seseorang hasil daripada pekerjaannya yang dicarum di KWSP.
Zakat Emas & Perak
Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak.
Zakat Takaful
Produk takaful merupakan salah satu bentuk simpanan / pelaburan yang mempunyai unsur harta zakawi.
Zakat Padi
Zakat padi wajib dikeluarkan atas HASIL BERSIH jualan padi (Hasil jualan padi-kos penghasilan padi).
Qada Zakat
Qada zakat bermaksud, melaksanakan zakat yang wajib ditunaikan pada masa lalu, namun gagal ditunaikan.