Berdasarkan Resolusi Jawatankuasa Penasihat Syariah LZS bertarikh 15 September 2017,
“Syarikat yang memiliki perniagaan bercampur antara halal dan haram, ianya bergantung kepada operasi utama perniagaan syarikat tersebut.”
Sekiranya operasi utama perniagaan syarikat tersebut adalah perniagaan yang haram seperti syarikat judi, arak dan seumpamanya, maka syarikat tersebut tidak diwajibkan untuk membayar zakat.
Namun, jika operasi utama perniagaan syarikat tersebut adalah perniagaan yang patuh Syariah, tetapi bercampur dengan perniagaan yang atau syubhah, syarikat tersebut wajib untuk mengeluarkan zakat. Walau bagaimanapun, syarikat tersebut perlu mengasingkan bahagian hasil perniagaan yang haram. Hanya bahagian hasil perniagaan yang halal sahaja yang wajib dizakat.
Rujukan: Isu 2 , Kompilasi Rekod Persoalan Syariah Januari – Jun 2019, diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah LZS