Resolusi Syariah Zakat
Kompilasi Resolusi Syariah Lembaga Zakat Selangor
Platform ini merupakan kompilasi jawapan persoalan syariah yang telah disediakan oleh Sekretariat Dalaman Syariah, Divisyen Syariah & Dakwah untuk menjawab persoalan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak kepada Divisyen Syariah & Dakwah
Sekretariat ini merupakan teras utama di dalam Prosedur Pengurusan Untuk Penyelesaian Persoalan, Resolusi Syariah dan Fatwa Zakat yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Pengurusan Teringgi pada Februari 2017
Jawapan yang disediakan oleh Sekretariat ini adalah berpandukan kepada Ketetapan Syariah LZS (kompilasi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan Jawatankuasa Penasihat Syariah LZS) atau wujudnya dalil yang spesifik صريح) ) daripada Al Quran dan As Sunnah tentang sesuatu persoalan zakat.
Mana–mana persoalan syariah yang tiada jawapannya dalam 4 sumber di atas akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Penasihat Syariah LZS untuk mendapatkan ketetapan syarak berkaitan operasi LZS sepertimana berdasarkan kepada Manual Kuasa (Authority Manual) LZS.
Isu Kutipan Zakat
Resolusi berkaitan isu kutipan zakat berdasarkan rujukan fatwa.
Isu 1 – Hukum penangguhan bayaran Zakat
Isu 2 – Status Zakat Perniagaan bercampur Halal & Haram
Isu 3 – Pembayaran Zakat bukan kepada LZS
Isu 4 – Zakat ke atas pemberian suami kepada isteri
Isu 5 – Kewajipan Zakat ke atas harta pusaka
Isu 6 – Zakat adik perempuan kepada adik beradik lelaki dan sebaliknya
Isu 7 – Adakah Zakat boleh ditangguhkan bayaran?
Isu 8 – Hukum Zakat matawang kripto dan aset digital
Isu 9 – Tanggungan Zakat terhadap individu yang bukan di bawah tanggungan nafkah
Isu Agihan Zakat
Resolusi berkaitan isu agihan zakat berdasarkan rujukan fatwa.